tadi (19/12/2009) aku pergi ke rumah kawan lama aku yang telah menjemput aku untuk majlis menyambut kedatangan ayahanda dan bonda nya yg tersayang kembali dari tanah suci mekah mengerjakan haji.aku terasa excited untuk datang kerana ingin bertemu kawan2 lama and seorang junior aku semasa sek men dulu..aku ke rumah dia (Hasbullah) menaiki motor bersama adik aku.aku mengajak adik aku sekali kerana kawan aku ni adalah ustaz kepada adik aku di sek men.cuma menjadi guru sandaran sementara mendapat kerja tetap iaitu sekarang ni mengajar Bahasa Arab bersesuaian dgn course yg dia ambik di Al-Azhar dulu (Kesusteraan Bahasa Arab).mmg excited giler dpt berborak dengan kawan2 lama.ada jugak kawan aku yg lain datang mmg kwn aku satu kelas dulu.berborak la mcm2...pasal CGPA la,loan la,and yg paling best bercerita balik kisah2 yg lucu semasa di sek men dulu...mmg happening...hahaha
tak dilupakan juga ada segelintir daripada org2 kampung/isi rumah di situ memandang aku semcm.aku pun pelik.apa yg tak kena???aku pakai baju jugak,pakai jeans jugak seperti org2 lain...
maybe aku pakai "snow cap" hitam and pakai baju hitam yg ada tulisan kot...tapi aku tak kisah pun.janji aku hormat org tua.serius mmg org pandang aku pelik like i am a freaky aliens...
Borak punya borak waktu Zohor pun da masuk.bersiap sedia g masjid and selepas tu lepak jap duduk di beranda rumah.dan di sebelah aku seorg lelaki tua (age around maybe early 40s) dan bertentangan dia pun sama.aku tak kisah la...aku lepak la seperti biasa dengan kawan2 aku di situ jugak.tapi tak la riuh rendah kan..coz kat dalam rumah org2 nk start berzikir.kami slow down la...kami anak belia muda ni paham.tapi pak cik - pak cik tu pulak yg melampaui batas.bercakap pasal politik, kerajaan malaysia,NGOs bukan main.bercakap pasal persatuan melayu-bukan melayu di sarawak yg membawa sarawak masuk ke Malaysia mmg membingitkan telinga.pastu sarcistic dan jari sebelah tangan salah seorg pak cik tu menunding ke arah kami.dengan kata-kata;
"ala anak2 muda sekarang ni bukan tau apa-apa pun.yg dia ingat berseronok..kau tengok la tu,gelak sakan bukan main lagi."
lebih kurang macam tu la.pastu aku pandang la pak cik - pak cik tu dengan muka selamber rock jer.bukan nk menunjukkan kata/rupa menbenci cuma nak menunjukkan yg aku ni bukan sekadar berborak kosong dengan kawan2 aku di situ,aku jugak mendengar apa yg mereka borakkan..mengkritik kerajaan malaysia bukan main, mcm dia org tu seorg pemimpin.
lepas tu nk mengutuk bangsa sendiri (MELAYU) dgn kaw-kaw punye..aku tak ingt sgt apa yg pakcik-pakcik tu kritik kan...mmg banyak la...membuatkan aku merasa benci kepada org melayu (seperti pakcik-pakcik itu) yang mengutuk bangsa sendiri..MELAYU menjatuhkan MELAYU sendiri.mengkritik pasal ahli parlimen la...mcm2 lagi la...sampaikan aku EMO sekejap[aku mmg selalu emo]..dan org2 di dalam rumah pun da start berzikir dan mereka (pakcik-pakcik) tu masuk untuk turut serta berzikir..mungkin aku Emo sebab aku rasa mereka melihat yg aku dan kawan2 aku selekeh,pakai selipar jepun pakai t-Shirt yg ntah pape ntah,terus judge kami anak2 belia yg tiada masa depan duk melepak dan borak benda yg mengarut KOT.aku pun tak tau jugak.
yg aku hairan,nk kata mereka tu ahli parlimen kawasan tu ker,YB ker Datuk Seri ke,Datuk Patinggi (pangkat tertinggi or ke 2 tertinggi di sarawak)ke tak jugak.hanya rakyat biasa yg suka mengkritik berborak mengata seseorng dan lebih mesra di katakan borak kedai kopi.Hisssshhhhh...!!!!
habis berzikir,start la masa untuk menghidang makanan...kami turut menbantu dengan gelak tawa untuk memeriahkan suasana...bukan sekadar kami org2 bujang tetapi anak2 dara sunti pun turut bergurau senda termasuk tukang masak yg ramah...memang best...then, kami makan dengan penuh kelaparan...huakahkahkah....tak der la gurau jep.
seronok mcm menbantu di majlis perkahwinan la pulak...hahahaha selepas makan membantu berkemas dan mengemas meja selepas makan..selesai semua mambantu untuk menghidang kali kedua pulak untuk org2 yg lain yg tak makan lagi...selesai berhidang duduk balik la melepaskan kepenatan selepas mengisi perut....hahahaha ada lagi pakcik-pakcik tu membawa topic yg sama...tapi bukan duduk bersebelahan cuma kami di beranda di sebelah kanan rumah dan mereka di beranda di kiri rumah cuma dipisahkan oleh pintu masuk utama. topic kali ni lagi best dan panas...jeng3..
mereka Komen pulak pasal "MALAYSIA"...ikuti dialog mereka (lebih kurang la);
pakcik 1: kenapa negara kita di nama kan MALAYSIA?
pakcik 2: kenapa?
Pakcik 1: MALAY - SIA = malay yang sia-sia. Melayu yg sia-sia.
mana tak nya melayu ni makin kebelakang...hahaha (pastu gelak besar...)
aku mmg pelik...macam mana mereka boleh buat tafsiran begitu...aku pandang2 jeling2 la pakcik2 tu...dan beralih pandangan aku ke kawan2 aku...dan berkata...patut ker mereka berkata sebegitu...kawan aku terdiam jep.pastu aku kata lagi...apa sumbangan mereka ke pada negara dan kepada rakyat melayu khas nya sampai mereka sanggup cakap sebegitu...pelik kan.
pakcik2 tu membalas jelingan aku sambil berkata kpd kami:
"kau tengok la tu,gelak2...itu nk memimpin negara pada masa depan.."
"pastu berangan nk jadi Y.B la...Datuk Seri la konon nya..."
pastu kawan ku budak Junior (or di kenali sebagai Apis Deli) menjawab;
"Zaman da berubah, Dunia da maju"
pakcik tu menjawab balik...
"kau dengar tu...zaman da berubah dunia da maju..."
"hahaha" (gelak besar)
aku bukan nak mengata atau mengumpat pakcik2 tu...da jelas sekali pakcik2 tu mengajuk percakapan aku dan kawan2 aku di situ...kalau sekali dua takper la...ni berkali-kali...pedih jugak hati dan telinga menjadi panas gak beb...padahal kami semua bercerita kisah2 kami semasa bersekolah menengah dulu...mengapa harus mangajuk percakapan kami????[emo]
pastu aku mendekati kawan aku (Hasbullah) untuk bertanyakan siapakah pakcik2 tu...
dia membalas pertanyaan aku dgn mangatakanbahawa pakcik2 tu adalah saudara-mara sebelah mak dan ayah dia...dan termasuk jugak menantu abang dia.
aku tanya lagi....apa pangkat mereka dalam negara ni???
dia manjawab; ntah...tak der kot.kata2 mereka tu boleh merosakkan negara.
erm,aku senyum sinis.

